Monday, March 26, 2012

Fenomena Ekuinoks


Bayang lesap: Kejadian matahari atas kepala tanpa bayang.
Fenomena ini juga dikenali sebagai peristiwa Ekuinoks apabila Matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Kejadian ini berlaku setiap Mac dan matahari juga akan melintasi Khatulistiwa dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan Bumi setiap September pula. Fenomena ini berlaku di Malaysia pada 26 Mac dan ia akan berulang berlaku semula pada 28 September hingga 2 Oktober.
Fenomena berkenaan juga berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu dua hingga lima minit serta tidak memberi kesan langsung kepada penduduk bumi seperti kejadian gerhana bulan dan matahari.

No comments:

Post a Comment