Fenomena awan ribut atau Garis Badai berlaku pada daerah Beaufort, Kota Kinabalu pada 27 Jun 2016
Maksud & Ciri-ciri Garis Badai:
- Garisan ribut petir yang bergerak dan boleh mencapai seratus kilometer.
- Mempunyai tempoh hayat beberapa jam
- Menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat
- Kerap berlaku semasa tiupan angin monsun barat daya di sepanjang pantai barat Semenanjung
Malaysia dan kawasan pantai Malaysia Timur menghadap Laut China Selatan
Showing posts with label Geografi Fizikal/ Physical Geography. Show all posts
Showing posts with label Geografi Fizikal/ Physical Geography. Show all posts
Saturday, July 2, 2016
Thursday, December 25, 2014
Punca Banjir di Pantai Timur Malaysia 2015
Fenomena 'New Moon'/ Anak Bulan merupakan
antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur
Malaysia pada tahun 2015.
Keadaan banjir menjadi lebih
teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara
konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan
November hingga Mac.
Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk.
Sumber rujukan: BERNAMA ( http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1095715 )
Sunday, June 15, 2014
EL Nino
El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.
Kesan El Nino boleh diukur mengikut kategori, iaitu lemah, sederhana dan kuat, dengan setiap kategori ditentukan berdasarkan tahap kenaikan suhu air di Lautan Pasifik.
Kebiasaannya, musim Monsun Barat Daya akan menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.
Keadaan akan menjadi buruk sekiranya negara dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar.
Malaysia pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali sebelum ini, dengan yang terburuk pada tahun 1982, 1983, 1997 dan 1998.
Sumber: Berita Harian 16 Jun 2014
Saturday, June 9, 2012
Mawar strengthened to a typhoon soon after forming over the western Pacific Ocean in early June 2012. On June 3, 2012, the U.S. Navy’s Joint Typhoon Warning Center (JTWC) reported that Mawar was located roughly 435 nautical miles (805 kilometers) south-southwest of Kadena Air Base Okinawa. The storm had maximum sustained winds of 95 knots (175 kilometers per hour) with gusts up to 115 knots (215 kilometers per hour). Within 12 hours, wind speeds were forecast to increase to 105 knots (195 kilometers per hour) with higher gusts.
The Philippine Star reported that Typhoon Mawar (named Ambo in the Philippines) could still bring heavy rains. The Philippine Atmospheric, Geophysical and Astronomical Services Administration (PAGASA) had warned that the storm might drop 15 to 25 millimeters (0.6 to 1.0 inches) of rain every hour. Residents of low-lying and mountainous areas were warned to watch for flash floods and landslides, and a landslide in Antipolo City had already injured three people.
As of June 4, the JTWC’s projected storm track for Mawar showed the storm turning toward the northeast and skirting Japan.
Sources: http://earthobservatory.nasa.gov/NaturalHazards/view.php?id=78164
Subscribe to:
Posts (Atom)












