Sunday, June 15, 2014

EL Nino















El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.


Kesan El Nino boleh diukur mengikut kategori, iaitu lemah, sederhana dan kuat, dengan setiap kategori ditentukan berdasarkan tahap kenaikan suhu air di Lautan Pasifik.

Kebiasaannya, musim Monsun Barat Daya akan menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.

Keadaan akan menjadi buruk sekiranya negara dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar.

Malaysia pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali sebelum ini, dengan yang terburuk pada tahun 1982, 1983, 1997 dan 1998.

Sumber: Berita Harian 16 Jun 2014


No comments:

Post a Comment