Monday, June 4, 2012

Teknologi Hijau

“Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”
Dato’ Sri Najib Tun Razak
Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council
14 Disember 2010

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
•    Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
•    Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
•    Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
•    Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
•    Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Contoh Teknologi Hijau:
Perbandaran Hijau / GreenTownship
 Kementerian dan GreenTech Malaysia telah bersetuju supaya Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan projek perintis Perbandaran Hijau yang akan menjadi model kepada pembanguunan bandar-bandar lain di Malaysia. Sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Perbandaran Hijau Putrajaya dan Cyberjaya telah ditubuhkan untuk mengkaji isu-isu penyelarasan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Perbandaran Hijau. Tambahan, sebuah jawatankuasa lagi telah ditubuhkan di bawah kerangka MTHPI yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan perundangan, dasar-dasar, garis panduan, program, aktiviti-aktiviti serta peranan agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan pelaksanaan Kejiranan Hijau. 


Sumber: http://www.kettha.gov.my/content/pengenalan-sektor-teknologi-hijau 

No comments:

Post a Comment