Thursday, December 25, 2014

Punca Banjir di Pantai Timur Malaysia 2015

 
Fenomena 'New Moon'/ Anak Bulan merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur Malaysia pada tahun 2015.
Keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.


Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk.

Sumber rujukan: BERNAMA ( http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1095715 )

Sunday, June 15, 2014

EL Nino















El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.


Kesan El Nino boleh diukur mengikut kategori, iaitu lemah, sederhana dan kuat, dengan setiap kategori ditentukan berdasarkan tahap kenaikan suhu air di Lautan Pasifik.

Kebiasaannya, musim Monsun Barat Daya akan menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.

Keadaan akan menjadi buruk sekiranya negara dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar.

Malaysia pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali sebelum ini, dengan yang terburuk pada tahun 1982, 1983, 1997 dan 1998.

Sumber: Berita Harian 16 Jun 2014


Sunday, June 23, 2013

Fenomena Jelebu 2013

Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.

Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100.

Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.

Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)


API

Status



0-50 Good

51-100 Moderate

101-200 Unhealthy

201-300 Very Unhealthy

>301 Hazardous



Fenomena Jelebu di Kuala Lumpur

Fenomena Jelebu di Singapura

Kebakaran hutan

Fenomena jelebu (Gambar satelit)