Wednesday, June 3, 2015
Thursday, December 25, 2014
Punca Banjir di Pantai Timur Malaysia 2015
Fenomena 'New Moon'/ Anak Bulan merupakan
antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur
Malaysia pada tahun 2015.
Keadaan banjir menjadi lebih
teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara
konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan
November hingga Mac.
Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk.
Sumber rujukan: BERNAMA ( http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1095715 )
Sunday, June 15, 2014
EL Nino
El Nino terjadi apabila berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa, iaitu melebihi 0.5 darjah Celsius.
Kesan El Nino boleh diukur mengikut kategori, iaitu lemah, sederhana dan kuat, dengan setiap kategori ditentukan berdasarkan tahap kenaikan suhu air di Lautan Pasifik.
Kebiasaannya, musim Monsun Barat Daya akan menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu.
Keadaan akan menjadi buruk sekiranya negara dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar.
Malaysia pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali sebelum ini, dengan yang terburuk pada tahun 1982, 1983, 1997 dan 1998.
Sumber: Berita Harian 16 Jun 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)









